PAS BALING MENGUCAPKAN SELAMAT JALAN KEPADA SEMUA BAKAL HAJI KE TANAH SUCI MEKAH

PAS BALING MENGUCAPKAN SELAMAT JALAN KEPADA SEMUA BAKAL HAJI KE TANAH SUCI MEKAH
PAS BALING MENGUCAPKAN SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI MAKKAH

05 Februari 2010

Awat SEDAQ Bengang Bila Guan Eng Banyak Bantu Melayu?

Penulis Tamu - pendikar gunung kriang



Petang semalam, selepas solat Jumaat, satu demonstrasi oleh NGO yang menggelarkan dirinya Sedaq yang ditunjangi oleh beberapa pelampau Melayu termasuk Perkasa (diketuai Brahim Katak), GPMS dan DPMPP telah diadakan di sebuah masjid di Jalan Macalister, Pulau Pinang.

Mengapa demonstrasi itu diadakan? Mengikut yang tersurat, mereka tak puas hati kerana Ketua Menteri, Lim Guan Eng dikatakan tidak berlaku adil terhadap orang Melayu. Tetapi mengikut blogger tintahitam, terdapat dua sebab mengapa Sedaq yang tak sedaq diri itu mengadakan demonstrasi:

i) Puak pro-Umno yang memakai nama Sedaq ini tidak puashati kerana kerajaan negeri PR yang diterajui oleh Guan Eng lebih memberi perhatian terhadap pembangunan Islam berbanding ketika BN berkuasa dahulu. Contohnya ketika BN berkuasa pada tahun 2007, bajet 2008 yang diluluskan untuk Majlis Ugama Islam Pulau Pinang (MUIPP) adalah sebanyak RM12.5 juta saja. Tapi selepas Pulau Pinang diambil alih oleh PR, peruntukan untuk MUIPP telah ditingkatkan kepada RM20.5 juta dalam bajet 2009. Seterusnya dalam bajet 2010 pula, peruntukan MUIPP telah ditambah kepada RM24.3 juta. Ini yang membuat puak pro-Umno tu naik bengang kerana masa BN yang dianggap oleh UMNO sebagai pro- Melayu berkuasa, peruntukan yang disediakan untuk pembangunan Islam cuma RM12.5 sahaja, tetapi bila ia diperintah oleh PR yang dilabel sebagai anti-Melayu, peruntukan yang disediakan untuk pembangunan Islam meningkat dan terus meningkat hampir 100% pada 2010.
ii) Puak pro-Umno juga tidak berpuashati kerana kerajaan PR mengambil lebih banyak tindakan terhadap peniaga Cina yang melanggar undang-undang berbanding ketika kerajaan BN berkuasa dahulu yang lebih banyak mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu. Mereka berharap Guan Eng yang dilabel anti-Melayu itu banyak bertindak menganiayai peniaga Melayu supaya dapat dijadikan modal bahawa DAP menindas Melayu, tetapi malangnya yang terjadi adalah sebaliknya. Ini yang membuat mereka bengang. Perangkaan jumlah peniaga yang diambil tindakan mengikut kaum yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang menceritakan hal ini:

Tahun Melayu Cina India Jumlah

2008 785 (38%) 1082 (52%) 196 (10%) 2063

2009 815( 29%) 1727 (62%) 247 (9%) 2786

Alahai, kesian puak pro-Umno yang bernama Sedaq tapi tak sedaq diri tuuu....


~ pendikar gunung kriang

Tiada ulasan: