PAS BALING MENGUCAPKAN SELAMAT JALAN KEPADA SEMUA BAKAL HAJI KE TANAH SUCI MEKAH

PAS BALING MENGUCAPKAN SELAMAT JALAN KEPADA SEMUA BAKAL HAJI KE TANAH SUCI MEKAH
PAS BALING MENGUCAPKAN SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI MAKKAH

21 Februari 2010

GAMBAR SEKITAR CERAMAH DI KG SG LIMAU BALING.ANJURAN MTD KUPANG

DIPENGERUSIKAN OLEH USTAZ YUSUF MERANGKAP S/U PAS KAWASAN BALING



UCAPAN ALUAN OLEH USTAZ JUKI
ORANG RAMAI SESAK MEMENUHI TEMPAT RUANG DILUAR MARKAS PAS CAWANGAN SG LIMAU


PENERANGAN DARI YB CGU JOHARI AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (KUPANG)


SETERUSNYA CERAMAH OLEH EXCO NEGERI KEDAH YB DATO' IR,AMERUDDIN BIN HAMZAH

GAMBAR DI SEKITAR PERKELAHAN PERDANA DPPB BERSEMPENA HIMPUNAN SUKARELAWAN PAS BALING 2010

08 Februari 2010

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CAWANGAN-CAWANGAN PAS KAWASAN BALING


Pada hari Sabtu 13 Februari 2010 ini bertempat di Dewan Kenangan Tun Abdul Razak Baling akan diadakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan-Cawangan PAS Kawasan Baling bagi tahun 2010 yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato'Seri Ustaz Hj.Azizan bin Abdul Razak, PesuruhJaya PAS Negeri Kedah merangkap Menteri Besar Kedah Darul Aman.
Majlis perasmian Mesyuarat Agung Cawangan-Cawangan yang dibuat secara serentak seluruh 149 cawangan PAS dalam kawasan Baling ini adalah julung kali diadakan kerana perasmian sebelum ini diadakan mengikut cawangan-cawangan.
Semua Cawangan diwajibkan menghantar perwakilan sebanyak 8 orang yang terdiri daripada Ketua Cawangan, Naib Ketua, Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan, Ketua Pemuda dan 2 orang Muslimat termasuk Ketua Muslimat.

05 Februari 2010

Awat SEDAQ Bengang Bila Guan Eng Banyak Bantu Melayu?

Penulis Tamu - pendikar gunung kriang



Petang semalam, selepas solat Jumaat, satu demonstrasi oleh NGO yang menggelarkan dirinya Sedaq yang ditunjangi oleh beberapa pelampau Melayu termasuk Perkasa (diketuai Brahim Katak), GPMS dan DPMPP telah diadakan di sebuah masjid di Jalan Macalister, Pulau Pinang.

Mengapa demonstrasi itu diadakan? Mengikut yang tersurat, mereka tak puas hati kerana Ketua Menteri, Lim Guan Eng dikatakan tidak berlaku adil terhadap orang Melayu. Tetapi mengikut blogger tintahitam, terdapat dua sebab mengapa Sedaq yang tak sedaq diri itu mengadakan demonstrasi:

i) Puak pro-Umno yang memakai nama Sedaq ini tidak puashati kerana kerajaan negeri PR yang diterajui oleh Guan Eng lebih memberi perhatian terhadap pembangunan Islam berbanding ketika BN berkuasa dahulu. Contohnya ketika BN berkuasa pada tahun 2007, bajet 2008 yang diluluskan untuk Majlis Ugama Islam Pulau Pinang (MUIPP) adalah sebanyak RM12.5 juta saja. Tapi selepas Pulau Pinang diambil alih oleh PR, peruntukan untuk MUIPP telah ditingkatkan kepada RM20.5 juta dalam bajet 2009. Seterusnya dalam bajet 2010 pula, peruntukan MUIPP telah ditambah kepada RM24.3 juta. Ini yang membuat puak pro-Umno tu naik bengang kerana masa BN yang dianggap oleh UMNO sebagai pro- Melayu berkuasa, peruntukan yang disediakan untuk pembangunan Islam cuma RM12.5 sahaja, tetapi bila ia diperintah oleh PR yang dilabel sebagai anti-Melayu, peruntukan yang disediakan untuk pembangunan Islam meningkat dan terus meningkat hampir 100% pada 2010.
ii) Puak pro-Umno juga tidak berpuashati kerana kerajaan PR mengambil lebih banyak tindakan terhadap peniaga Cina yang melanggar undang-undang berbanding ketika kerajaan BN berkuasa dahulu yang lebih banyak mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu. Mereka berharap Guan Eng yang dilabel anti-Melayu itu banyak bertindak menganiayai peniaga Melayu supaya dapat dijadikan modal bahawa DAP menindas Melayu, tetapi malangnya yang terjadi adalah sebaliknya. Ini yang membuat mereka bengang. Perangkaan jumlah peniaga yang diambil tindakan mengikut kaum yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang menceritakan hal ini:

Tahun Melayu Cina India Jumlah

2008 785 (38%) 1082 (52%) 196 (10%) 2063

2009 815( 29%) 1727 (62%) 247 (9%) 2786

Alahai, kesian puak pro-Umno yang bernama Sedaq tapi tak sedaq diri tuuu....


~ pendikar gunung kriang

03 Februari 2010

MALAM KESENIAN BELIA SEJAHTERA BALING 2010



Bertempat di Padang Awam Keda, Kupang. Majlis turut diserikan oleh kumpulan nasyid seperti ZULFAN dari Kolej Universiti Insaniah (KUIN), & Kumpulan Ar-Rays (Dikir Hijrah) dari Kelantan.

YB-YB kita pun sporting juga naik pentas...Pada malam itu juga YB Dr Hj Hamdan turut menyampaikan bantuan peralatan sukan seperti bola, takran dan net untuk aktiviti riadah pemuda-pemuda cawangan. Terima kasih kerana memilih Baling.


AJK ICT...Usop..rakam sampai habis ya...syukran..



ICT DPPB antara yang sibuk pada malam tu..takut skrin x kluar gambar..jangan langgar wayar yer....penonton bukan main ramai..sampai penuh di depan meja ICT.


Merakan detik-detik berharga...terima kasih kerana membantu ICT


Jumlah pengunjung dianggarkan 10 ribu lebih....


Ok sama-sama kita berselawat..semoga Allah memberi ganjaran yang baik untuk kita semua. YB Cg Johari Abdullah pun boleh nasyid juga.


Ok sila YB...ana bagi peluang tunjuk bakat..Harap maaf sekiranya ada kesilapan dan kelemahan sepanjang penganjuran.


Pak Long sibuk melayan peminat cilik...Pak Long menyanyikan lebih kurang 7 lagi seperti Al Jannah..Baju Kurung, Selagi ada rindu, Cinta Pantai Merdeka, Asma Al-husna dan beberapa lagu acapella..

Kumpulan Ar-Rasy dari Kelantan..1 kotak cd album habis dijual..RM 10 jer satu..hiburan melalui dikir barat..satu lagi inovasi dalam hiburan..menarik lagu mama mama..saye ko mama, mama mama....saye sebena....
Persembahan sola sdr Azhan berjaya memukau penonton sehingga 12.00 tgh malam. lunak suara memberi mesej dalam hiburan..