TAMRIN KEPIMPINAN PAS KEDAH BERJALAN LANCAR
Hari ini berlangsung Tamrin Kepimpinan PAS Kedah bertempat di Dewan Dato' Fadzil Mohd Noor ,Kompleks PAS Kedah.Seramai 1000 orang peserta terdiri daripada Pimpinan PAS Negeri ,Dewan Pemuda Dewan Muslimat , Dewan Ulamak dan Seluruh AJK PAS Kawasan dan Pemuda Kawasan hadir mengikuti tamrin ini.
Sekarang Sheikh Hj Mohamad Abdullah, Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah, merangkap Pengerusi Lajnah Tarbiyyah PAS Kedah sedang membentang kertas kerja bertajuk "Kepimpinan Dalam Islam"
Antara intipati kertas kerja beliau seperti berikut:-
Ada dua tugas besar yang mesti disempurnakan:-
Pertama: Menguruskan [entadbiran terhadap orang yang dipimpin sebaiknya melalui:-
1. Sikap sederhana dalam masa susah dan senang
2. Menjadi contoh didalam perkara yang dsuruhNYA dan dilarang
3. Bersikap penyayang terhadap orang bawah
4. Menjaga pandangan yang baik
5. Kurangkan daripada bercakap perkara yang tidak berfaedah
6. Tidak gemar terhadap harta orang yang dipimpin
7. merendah diri ketika berkomunikasi sesuai dengan kedudukannya
8. Memahami tabiat orang bawahan dan bergaul dengan cara yang baik
9. Memadai dengan ketaatan zahir
10. Mengenali urusan orang bawahan kecil atau besar
11. Memilih orang yang paling layak untuk sesuatu tugas atau tempat
12. Memutuskan hak orang yang menuntut dengan apa yang wajib dilakukan atau ditinggalkan.
KEDUA : Memastikan tugas dimana ia memimpin terlaksana. Tugas pemimpin berbeza mengikut tugas yang dipegang. Oleh itu tidak boleh di aqbaikan segala kewajipan sehingga mereka mempertikaikan kepimpinannya;-
1. Keadilan yang memenuhi syaratnya
2. Mempunyai ilmu yang membolehkannya berijtihad didalam hal yang berlaku dan dalam hukum .
3. Sempurna panca indera
4. Sunyi daripada sebarang kecacatan anggota
5. mempunyai idea yang boleh menolong memimpin rakyat serta mengurus kepentingan negara
6. Mempunyai keberanian serta kekuatan yang membolehkannya melindungi negara serta berjihad menentang musuh.
7. Berketurunan Mulia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan